Bicara Dunia Kucing

[rt_reading_time label="Reading Time:" postfix="minutes" postfix_singular="minute"]
7 Tanda utama Kucing Anda sakit

Secara amnya, kucing amat jarang sekali menimbulkan tanda-tanda yang ketara pada tuan kucing jika ia menghidapi sebarang penyakit atau sakit yang berpanjangan. Oleh itu, kita harus peka tentang tingkah laku, rutin hariannya, makanan dan minuman serta lain-lain jika mengalami sebarang perubahan yang ketara walaupun sedikit. Jika anda mendapati terdapat kelainan yang berlaku pada rutin harian kucing anda, bawalah ia ke klinik haiwan berdekatan untuk membuat pemeriksaan lanjut agar ia boleh dicegah daripada menjadi lebih teruk. 

Hari ini, kami akan berkongsikan sedikit tentang tanda-tanda yang boleh anda gunakan dan lihat sama ada ia berlaku pada kucing anda atau pun tidak. Jika anda mendapati kucing anda adalah antara salah satu tanda yang dinyatakan, kami syorkan anda untuk berhubung segera dengan klinik haiwan yang berhampiran dan meminta nasihat tentang apa yang harus dilakukan. 

1. Perubahan Selera Makan

Pertama sekali, anda harus memantau tentang kadar pemakanan hariannya. Jika kucing anda makan lebih daripada had atau kurang daripada jumlah biasa diberikan, pasti ada masalah yang berlaku pada dirinya. Terdapat beberapa penyakit yang berkaitan tentang perubahan selera makan kucing yang mendadak. Jika anda dapati kucing anda tidak mahu makan atau minum dalam tempoh sehari, rujuk segera dengan klinik haiwan kerana ditakuti penyakit yang berbahaya telah dihidapi oleh kucing anda.

2. Waktu Tidur yang Tidak Menentu

Kedua adalah berkaitan tentang corak waktu tidur kucing yang tidak menentu. Kucing kebiasannya boleh tidur sebanyak 13-15 jam sehari. Namun begitu, kucing yang menjangkaui lebih dari had masa tersebut juga menunjukkan simptom-simptom penyakit yang dihidapinya. Jika anda sedar kucing anda muntah, cirit-birit, hilang selera makan dan lain-lain, kami syorkan anda untuk membawa kucing anda ke klinik haiwan yang berdekatan.

3. Nafas yang Busuk

Ketiga adalah tanda yang mudah sekali untuk anda kesan kerana ia adalah tanda ketara jika kucing anda menghidapi penyakit. Jika kucing anda mempunyai nafas yang busuk sekali, lihat sekitar gusinya dan mulutnya. Jika terdapat gusi kucing anda menjadi buruk, kucing anda kemungkinan besar menghidapi penyakit gusi dan gigi reput. Ia sering berlaku pada kucing-kucing yang menjangkau usia lebih daripada 3-4 tahun kerana tahap kesihatannya mulai tidak stabil dan perlu dilakukan pemeriksaan berkala untuk tahap kesihatannya. 

4. Suhu Badan yang Tinggi

Seterusnya, suhu badan yang melebihi daripada paras normal adalah juga antara tanda-tanda kucing anda sakit! Sepertimana manusia sakit, ia boleh dirasa secara fizikal apabila menyentuh di dahi dan merasa kenaikan suhu yang berbeza daripada normal. Kucing pula adalah melalui telinga dan hidung. 

Kebiasannya, kucing yang sihat mempunyai hidung yang kering dan sedikit suam termasuk telingannya manakala jika kucing sakit, telinganya berasa sejuk. Jika ia menunjukkan tanda-tanda seperti dinyatakan, kemungkinan besar kucing anda demam. Anda boleh gunakan rawatan alternatif anda untuk menurunkan suhu badannya jika tidak sempat untuk membawanya ke klinik haiwan berdekatan.

Kucing Sakit
5. Berat Badan yang Tidak Menentu

Kelima adalah berat badan yang tidak menentu merupakan salah satu tanda utama yang anda harus fokus terhadap tumbesaran kucing anda. Bagaimana untuk cek berat badan kucing anda? Mudah sahaja! Mula-mula anda timbang berat badan anda, kemudian anda timbang lagi sekali dengan kucing anda. Rekodkan berat kucing anda dan pantau rutin hariannya dari segi pemakanan serta corak waktu tidurnya. 

Anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan berkala terhadap kucing anda setiap minggu. Perubahan berat badan yang ketara juga tidak baik pada badan kucing sama seperti manusia. Sesetengah kucing juga mempunyai saiz badan yang sama setiap masa namun berat badan adalah tidak menentu! Jika ia berlaku pada kucing anda, lakukan pemeriksaan segera pada klinik haiwan berdekatan kerana ia merupakan tanda-tanda kucing anda mempunyai masalah dalaman yang tidak boleh dirawat secara fizikal.

6. Kurang Minum Air

Secara amnya, kucing tidak gemar untuk minum air walau sedap mana pun air yang dihidangkan untuk mereka. Ia merupakan sifat semulajadinya. Kucing cenderung untuk makan makanan kering dan makanan yang basah namun kurang cenderung untuk minum air kecuali ia kehausan. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan beberapa penyakit timbul di dalam badan kucing dan ia amat tidak baik sekali untuk jangka masa yang panjang.

Air merupakan sumber utama di dalam badan pada semua jenis makhluk di muka bumi kerana sistem di dalam badan memerlukan pelincir untuk kekalkan organ dalaman kekal berfungsi dengan baik sekali pada setiap masa. Namun, jika sumber air di dalam badan tidak mencukupi, badan kucing akan menjadi lemah secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang lama dan tanpa disedari, ia telah dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya. Antara penyakit berbahaya yang boleh menjangkiti atau dihidapi oleh kucing yang kurang meminum air adalah masalah buah pinggang. 

Oleh itu, kami galakkan anda untuk mengubah rutin hariannya dengan menambah satu slot dalam diet harian mereka dengan hidangan makanan basah. Melalui makanan basah, ia boleh mendapati sekurang-kurangnya 40% air yang diperlukan dalam badan mereka! Oleh itu, jangan berasa takut kerana anda boleh mengubahnya!

cat drink water
7. Periksa Litter Box

Kebanyakkan kucing yang tinggal di dalam rumah telah dibiasakan menggunakan litter box di mana pembuangan najis kucing dilakukan di litter box tersebut. Namun begitu, ada di antara kita yang melatih kucing untuk membuang najis kecil dan besar ke dalam mangkuk tandas. 

Walau apa pun cara yang anda gunakan, pantau kawasan litter box atau mangkuk tandas yang kucing anda gunakan. Jika di dapati kucing anda kerap membuang air kecil namun menghadapi kesukaran ketika melakukannya, kemungkinan ia menghidapi masalah pundi kencing tersumbat dan masalah ini adalah sering berlaku pada kucing jantan. Jika terdapat kesan darah atau warna yang pelik selain warna najis biasa, kucing anda juga menhidapi masalah dalaman dan ditakuti jika ia adalah berkaitan usus.

Jika anda dapati tanda-tanda yang dinyatakan di atas ini berlaku pada kucing anda, kami mengalakkan anda untuk membuat pemeriksaan lanjut terhadap kucing anda di klinik haiwan berhampiran. Kami juga menyediakan produk-produk rawatan alternatif namun ia bukanlah ubat tetapi supplement tambahan. Jika anda memerlukan info lanjut, boleh cek di halaman produk kami iaitu “Produk MeowQu“. 

Don't Forget to Share!
Ruangan Komen
error: