Bicara Dunia Kucing

Cara-Cara Melatih Anak Kucing Menggunakan Litter Box

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada warga MeowQu.MY! Perkongsian pada kali ini adalah cara-cara melatih anak kucing menggunakan litter box dengan cara yang betul. Pastinya anda berasa tertekan jika anak kucing anda membuang najis di merata-rata tempat terutama sekali kawasan rak kasut, kerusi atau sofa dan kawasan ruang tamu.

Oleh itu, kami akan mengajar cara-cara atau langkah-langkah yang boleh anda gunakan untuk melatih anak kucing anda secara perlahan-lahan. Kami nasihatkan anda untuk bersabar kerana proses untuk kucing mempelajari suatu benda baru mengambil masa. Sebaik sahaja kucing anda tahu menggunakan litter box, anda tidak perlu risau lagi masalah pembuangan najis di merata-rata tempat kerana ia telah mengenali tempat yang sesuai baginya untuk membuang najis. Tanpa melengahkan masa, cara-cara melatih anak kucing menggunakan litter box dengan cara yang betul adalah seperti berikut :-

Sediakan Peralatan Yang Bersesuaian
  1. Litter Box yang Besar dan Luas – Tujuan kami menggalakan anda untuk menyediakan litter box yang besar dan luas adalah untuk kegunaan pada masa yang cukup panjang kerana tempoh tumbesaran kucing anda berbeza daripada manusia. Mereka lebih cepat membesar pada jangka masa yang pendek! Oleh itu, penyediaan litter box yang besar dan luas adalah bertujuan untuk penggunaan jangka masa yang panjang.
  2. Sediakan Tangga Kecil untuk si Comel – Tangga Kecil yang dimaksudkan adalah seperti menyediakan sebiji bata atau apa sahaja objek yang kukuh dan keras untuk dijadikan medium si comel melangkah dengan mudah untuk masuk ke dalam litter box yang tinggi. Jika litter box anda sediakan mudah untuk dicapai oleh si comel, anda tidak perlu sediakan tangga kecil itu.
  3.  Elakkan membeli SAND / CRYSTAL Litter yang mempunyai haruman – Hal ini demikian kerana kucing mempunyai deria hidu yang tajam dan sensitif pada suatu bau. Pastinya ia mengelakkan dirinya untuk menggunakan litter box disediakan jika sand / crystal litter disediakan mempunyai haruman yang tidak disenangi oleh kucing tersebut. Kami nasihatkan anda untuk memilih sand / crystal litter yang “ODORLESS”.
  4. Jangan lupa beli Scoop! – Bertujuan untuk membersihkan najis yang terdapat dalam litter box kucing anda kemudian.
Cara-Cara Melatih Anak Kucing Menggunakan Litter Box | MeowQu Cat Boarding
Cara-Cara Efektif untuk melatih!
  1. Pastikan kedudukan litter box mudah untuk diakses dan terlindung – Sepertimana manusia ingin mempunyai privasi untuk ke tandas, kucing juga mempunyai sifat seperti itu. Oleh itu, letakkan litter box itu dikawasan yang terlindung daripada pandangan manusia namun mudah untuk ia akses pada bila-bila masa sahaja.
  2. Letakkan najis ke dalam Litter Box – Pada peringkat awal, anak kucing tidak mengenali bagaimana untuk menggunakan litter box tersebut. Sebagai tuan kucing, anda bertanggungjawab untuk melatih ia untuk mengenalinya. Salah satu langkah yang efektif adalah memungut najis anak kucing tersebut kemudian letakkan ia ke dalam litter box. Kemudian, anda memanggil anak kucing anda dan dekatkan ia ke kawasan litter box yang telah disediakan untuk menghidu bau najisnya. Secara tidak langsung, ia akan mengenali kawasan pembuangan najis yang baru.
  3. Latih dan latih! – Seterusnya, jika anda dapati anak kucing anda kelihatan ingin membuang najis di tempat lain daripada litter box disediakan, kejarkan ia ke kawasan litter box dan pastikan ia biasa pada persekitaran litter box tersebut. Pada masa akan datang, ia akan datang semula ke sana untuk membuang najis kerana mengenali kawasan itu sebagai tempat pembuangan najis yang ideal baginya.
Pesanan untuk Tuan Kucing
  1. Pastikan Litter Box adalah dalam keadaan BERSIH – Kami nasihatkan untuk luangkan masa selama 1 jam dalam sehari untuk bersihkan kawasan litter box dan litter box itu sendiri. Jika anda mempunyai 3 ekor anak kucing yang menggunakan litter box yang sama, pastinya bau yang terhasil daripada najis yang telah terkumpul dalam litter box akan mengeluarkan bau yang kurang enak sekali. Kalau dapat lakukan lebih daripada sekali adalah lebih bagus terutama pada anda yang mempunyai lebih daripada 30 ekor kucing.
  2. Bersihkan najis yang masih terdapat di kawasan lain selain litter box – Pastinya sukar apabila berlaku kes seperti ini namun begitu, ia boleh berlaku dalam dua situasi iaitu pertama adalah litter box yang digunakan oleh kucing anda kotor dan berbau manakala pada situasi kedua adalah ia masih belum membiasakan dirinya untuk menggunakan litter box tersebut. Apabila terdapat najis yang wujud di kawasan lain selain litter box disediakan, lakukan pembersihan segera iaitu membuangnya ke dalam litter box atau terus membungkusnya ke dalam plastik. Ia bertujuan untuk mengelakkan anak kucing anda kembali ke kawasan tersebut untuk membuang najis.
  3. Bersabar – Proses melatih anak kucing ini berbeza pada setiap individu yang mempunyai anak kucing namun ia tidak memakan masa yang agak panjang. Oleh itu, anda harus bersabar dan latihlah ia dengan penuh kasih sayang. Jangan pukul atau marahi ia kerana tindakan seperti itu akan memberikan kesan negatif pada anak kucing tersebut. 

Sampai di sini sahaja perkongsian kami kali ini berdasarkan pengalaman kami menjaga dan mengurus kucing-kucing kesayangan kami tentang cara-cara melatih anak kucing menggunakan litter box. Pada tuan kucing yang menyediakan kurungan, proses untuk pembelajaran adalah lebih cepat sekali berbanding secara bebas namun ia masih menghasilkan kesan yang positif pada mana-mana cara dilakukan.

Don't Forget to Share It!
Info Dunia Kucing

Memaparkan info-info terkini tentang produk dan servis yang dilakukan. Sebarang soalan boleh diajukan kepada kami berkaitan kucing, servis, produk dan hal-hal berkaitan.

Ruangan Komen
error: