Perlukan Bantuan?

Perlukan Bantuan?

Tolong isi ruang kosong disediakan supaya mudah untuk kami hubungi anda kemudian.

Makluman : anda dinasihatkan untuk lihat SPAM folder anda untuk terima e-mail daripada pihak kami.


24/7 Support Care

Anda memerlukan bantuan segera? Hubungi kami segera menggunakan mana-mana cara yang telah disediakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang produk atau servis disediakan, kemukakan sahaja soalan berkaitan di ruangan contact form atau e-mail atau melalui aplikasi WhatsApp. Hanya klik sahaja mana-mana icon yang telah disediakan.

Waktu Beroperasi

  • Isnin - Sabtu : 9 pagi hingga 6 petang
  • Ahad : 6 petang hingga 8 malam

Maklumat Ringkas

Support Centre

Soalan Lazim

Ya, kami masih meneruskan perniagaan mingguan di Tamu Gaya terletak bersebelahan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Anda boleh cari kami di kawasan dataran Desoka yang berada di tengah antara ruang pejalan kaki dan peniaga lain. 

Kami beroperasi dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari sahaja. Jika anda tidak mempunyai  kesempatan pada hari biasa, anda boleh kunjungi kami di sana.

Boleh, anda hanya perlu klik link ini : http://lazada.meowqu.com. Pelabagai jenis produk kesihatan kucing dan manusia yang dijual oleh kami.

Sebelum kami menerangkan lebih lanjut, produk MeowQu ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tenaga dan menambah keperluan nutritsi di dalam badan kucing.

Namun, ia bukan sebagai ubat yang untuk menyembuhkan penyakit seperti supplement.

Kami amat mengalakkan pelanggan kami untuk menggunakan Air Minuman Haiwan Organik (AMHO) kerana ia bukan sahaja meningkatkan tenaga malah ia melengkapkan keperluan nutrisi di dalam badan kucing serta meningkatkan imunisasi mereka. Untuk keterangan lanjut, anda boleh rujuk pada post tersebut.

Seperti yang telah kami maklumkan bahawa produk kami sama sekali tidak boleh menyembuhkan penyakit yang dijangkiti kerana produk MeowQu adalah supplement untuk kucing. 

Kami nasihatkan anda untuk pergi membuat pemeriksaan lanjut tentang penyakit dihidapi oleh kucing anda ke klinik haiwan berdekatan. Jika ia masih peringkat awal, kucing anda pasti selamat. Namun, jika ia sudah sampai ke tahap nazak, klinik haiwan tidak dapat menerima kucing tersebut. Pastikan anda peka tentang kesihatan kucing anda. Lihat jika ada sebarang perubahan berlaku pada dirinya.

Tempoh penjagaan maksimum untuk Hotel Kucing yang disediakan oleh pihak kami adalah 3 minggu sahaja. Kami tidak menerima tempahan untuk penjagaan lebih daripada tempoh yang telah ditetapkan.

Kami tidak ingin berlaku perkara yang tidak diingini seperti meninggalkan kucing itu selamanya dibawah penjagaan kami atas alasan bercuti atau mempunyai masalah lain.

Jika kucing anda mempunyai kesan luka yang ringan mahupun teruk, kami syorkan anda untuk menggunakan Krim Herba MeowQu.

Keunikan produk ini adalah ia boleh digunakan pada manusia juga. Jika anda terkena cakaran kucing atau luka yang ringan, sapukan sahaja kawasan luka tersebut dengan krim herba MeowQu selepas anda membasuh kawasan luka itu terlebih dahulu.

Bergantung pada jenis luka yang dialami, ia dijangka untuk sembuh dalam 2 hari minimum dan maksimum adalah seminggu jika disapukan secara berterusan sebanyak 3 kali sehari.

error: