Bicara Dunia Kucing

Kucing berasa Bosan? Mengapakah?

Secara amnya, kucing juga mempunyai perasaan seperti manusia. Ia boleh berasa sedih, marah, gembira, berasa bosan dan lain-lain. Oleh itu, ia adalah kejadian semulajadi dan anda tidak perlu risau jika ia berlaku pada kucing anda. Namun yang anda perlu risau adalah jika ia dibiarkan berlarutan, ia boleh menimbulkan beberapa masalah yang tidak diingini. 

Kehidupan seharian kita telah mengurangkan komunikasi antara kita dan si bulus. Sudah tentu ia berasa sunyi dan bosan jika ditinggalkan berseorangan di rumah. Oleh itu, jika anda lihat kucing anda mula menunjukkan beberapa tanda yang dinyatakan di bawah ini, kami mengalakkan anda untuk meluangkan masa dengan si bulus secukupnya kerana ia juga memerlukan perhatian dan kasih sayang anda untuk ia kekal ceria serta gembira.

1. Kucing Anda Kerap Tidur

Kucing kebiasannya menghabiskan masa mereka seharian dengan tidur selama 16 jam sehari. Ia adalah perkara biasa namun jika mereka kerap tidur lebih masa, ia boleh menimbulkan masalah kesihatan yang lain, Masalah ini kerap berlaku pada kucing yang tinggal di dalam rumah atau sangkar namun ia kurang berlaku pada kucing yang sentiasa bersiar-siar ke luar tanpa halangan. Jika anda perasan tentang perubahan masa tidur kucing anda, kami galakkan anda untuk memberi perhatian penuh kerana mereka cenderung untuk menyembunyikan masalah atau penyakit dihidapi daripada pengetahuan tuannya.

Kucing Bosan | Kucing Tidur
2. Kucing Anda Kerap Membersihkan Dirinya

Kucing merupakan haiwan yang senantiasa mengutamakan kebersihan diri mereka setiap masa. Oleh itu, anda pasti sering terlihat mereka mencuci muka mereka atau menjilat bulu-bulu mereka sewaktu berehat seketika sementara kembali bermain.

Namun begitu, jika anda terlihat ia kerap membersihkan dirinya pada setiap masa, ia juga ingin menunjukkan perasaan bosannya pada anda. Jika ia terlalu obsesif pada membersihkan dirinya, bulu-bulunya juga kerap gugur dan kesihatan bulu kucing anda akan berkurangan hari demi hari. 

Oleh itu, anda harus peka jika berlaku sebarang masalah yang timbul pada kucing anda sebelum terlambat. Dalam hal ini, anda boleh lakukan dengan membawanya bersiar-siar di halaman rumah untuk bermain dan mandikan kucing anda seminggu sekali. 3 – 4 hari sekali lagi bagus. Jika badannya bersih, kucing anda juga berasa lebih segar dan sihat sepanjang waktu!

3. Kucing Anda Mula Memberontak

Ia adalah perkara normal yang berlaku jika kucing anda mula memberontak pada anda. Ia juga disebabkan kurang perhatian pada tuannya. Oleh itu, ia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatiannya semula. Jika ia pernah berlaku pada anda, pastinya anda sedar mengapa ia ingin mahukan perhatian anda.

Jika anda belum pernah mengalaminya, kami harap anda tidak memarahinya sekeras-sekerasnya kerana kucing juga seperti kanak-kanak bawah 5 tahun. Riang dan cergas serta inginkan perhatian yang secukupnya daripada orang yang tersayang. Oleh itu, luangkan sedikit masa anda untuk bersamanya setiap hari agar ia tidak berasa sunyi dan sedih.

4. Kucing Anda Kuat Makan (atau Kurang Selera Makan)

Pernahkah anda sesekali ternampak kucing anda merenung lama pada bekas makanannya atau makan makanan disediakan secara berlebihan? Kemungkinan besar juga kucing anda menghadapi simptom seperti manusia di mana ia ingin menghilangkan rasa bosannya dengan makan makanan kesukaanya atau ia tidak lagi mahu makan kerana kerap makanan yang sama sahaja diberikan.

Jika kucing anda kerap makan tanpa melakukan apa-apa sebarang aktiviti dalam kehidupan sehariannya, ia boleh mengundang masalah kegemukkan atau obesiti. Kami ingin menegaskan bahawa kucing yang gemuk adalah tidak sihat. Kucing yang sihat adalah kucing yang mempunyai berat otot lebih daripada lemak.

Dalam hal ini, kami galakkan anda untuk meluangkan masa bermain dengannya dan lakukan aktiviti yang boleh mengalakkan kucing anda bergerak dengan cergas dan aktif selalu. Manakala, anda boleh lakukan jadual diet yang sesuai untuk kucing anda (boleh rujuk Vet jika anda ingin lebih info lanjut). Jika anda selalu memberikan makanan kering sahaja padanya, boleh cuba selang-selikan dengan makanan basah bagi mengubah mood kucing anda. Bukan sahaja menambah pengambilan air, malah mampu melengkapkan keperluan nutrisi hariannya.

5. Kucing Anda Sengaja Buang Air Di Luar Litter Box

Jika anda perasan mengapa ia tiba-tiba membuang air di luar daripada litter boxnya, ia sengaja untuk mendapatkan perhatian anda. Kucing tidak boleh berkomunikasi seperti mana manusia berkomunikasi antara satu sama lain dengan bahasanya tersendirinya namun ia menunjukkan beberapa kelakuan yang mampu mencuri perhatian anda agar anda sedar tentang kehadirannya. Apa sahaja jenis haiwan peliharaan akan berasa sunyi jika ia ditinggalkan atau tidak dihiraukan seperti ia dibelai dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu memarahi dan mengasarinya jika berlaku masalah seperti ini. Sebaliknya, anda sebagai tuan kepada kucing tersebut harus mendidik cara yang betul, meluangkan masa dengannya dan membelainya dengan penuh kasih sayang. Mereka juga layak untuk menerima kasih sayang daripada tuannya.

Kesimpulannya, kucing dan manusia sama sahaja dari segi perasaan. Oleh itu, berikan perhatian secukupnya pada kucing anda dan peka jika berlaku perubahan yang ketara pada kucing anda. Salah satu cara yang berkesan adalah memberikan ia bantal catnip. Kami memberikan kucing-kucing kami bermain dengan bantal catnip kerana ia mampu memberikan ketenangan dan keceriaan pada kucing anda agar kekal aktif dan gembira. Jika anda ingin miliki bantal catnip anda sendiri, boleh hubungi 0172179199 untuk info lanjut.

cat littering
Don't Forget to Share!
Ruangan Komen
error: