Mengenai Kami

Akar Umbi Kami

MeowQu.MY merupakan salah satu perniagaan dibawah MyLabuan Enterprise. Kami telah berkecimpung dalam dunia perniagaan lebih daripada 10 tahun. Bukan sahaja berpengalaman, malah ramai pelanggan yang memberi kepercayaan terhadap servis dan produk kami lakukan. Anda tidak perlu risau dan ragu-ragu tentang kami kerana kepercayaan anda adalah semangat kami untuk meneruskan perniagaan kami untuk masa akan datang. Mylabuan Enterprise dikenali nama asalnya adalah Efaizent Enterprise

Kami memulakan perniagaan sejak 1995 bermula dengan menjual produk herba dan jamu. Kemudian, kami memulakan servis Web Hosting pada awal tahun 2003/2004. Kami masih meneruskan servis web hosting hingga ke hari ini di samping beberapa perniagaan terbaru yang telah kami masukkan di bawah MyLabuan Enterprise.

Antara perniagaan yang dilakukan oleh kami adalah :-

MeowQu.MY adalah antara perniagaan utama kami iaitu membekalkan produk rawatan alternatif untuk haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, hamster dan lain-lain. Produk MeowQu adalah produk yang dirumus khas dengan bahan-bahan organik yang selamat digunakan untuk haiwan peliharaan. Selain itu, khidmat teksi kucing juga disediakan sekitar kawasan Putatan hingga kawasan Sepanggar bagi memudahkan tuan-tuan kucing yang memerlukan penghantaran ke destinasi ditujui seperti klinik haiwan. Pihak kami juga menyediakan kemudahan hotel kucing!

Bio Ringkas

Founder of
MyLabuan Enterprise

Beliau telah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak 1995. Beliau dikenali dengan sifat penyayang kucing meskipun rupa luarannya tidak menggambarkan perwartakan tersebut. Perniagaan ini wujud disebabkan rasa kasih sayang beliau pada kucing untuk membantu kucing-kucing dalam kesusahan.

Ikuti Laman Media Sosial Kami
Visi

Rawatan alternatif pada harga yang menjimatkan dan dijamin berkesan.

Misi

Menyediakan produk yang mampu membantu haiwan peliharaan secara berkesan pada harga berpatutan.

Nilai-Nilai Kerja

Amanah, Jujur, Menepati Waktu, Bertanggungjawab dan Adil adalah antara nilai-nilai diterapkan dalam perniagaan kami.

Sentiasa Lakukan yang Terbaik!

Kami telah berkecimpung dalam bidang perniagaan ini lebih daripada 10 tahun dan melalui pengalaman yang kami lalui, kami jadikan ia teladan pada perniagaan kami. Kami amat menekankan nilai-nilai kerja yang murni bagi mengekalkan kepercayaan pelanggan terhadap servis dan produk jualan kami adalah yang terbaik.

Kami senantiasa memberikan servis yang terbaik pada setiap pelanggan kami, tidak mengira bangsa mahupun agama. Oleh itu, kami sentiasa memberi layanan yang sama rata dalam perniagaan kami lakukan. Pengalaman telah mendewasakan diri kami sebagai usahawan yang sentiasa berdaya saing dan kekal kompetitif!

error: