Khidmat Teksi Kucing

Teksi Kucing MeowQu aktif beroperasi sekitar kawasan Kota Kinabalu, Putatan dan Kinarut. Sedia membantu anda walau di mana anda berada!

Pengenalan Khidmat Teksi Kucing

Khidmat teksi kucing MeowQu ini adalah bertujuan untuk membawa dan menghantar kucing ke Hotel Kucing, klinik haiwan, lapangan terbang dan ke mana sahaja destinasi yang ditujui. Khidmat teksi kucing ini tidak terhad pada pengakutan awam untuk membawa kucing malah barangan asas kucing seperti makanan kucing dan pasir kucing!

 

Fungsi Teksi Kucing
  • Menghantar ke klinik haiwan bertauliah, lapangan terbang, stesen bas, hotel kucing dan lain-lain.
  • Mengangkut dan menghantar barangan kucing ke destinasi yang ditujui
  • Membantu anda mengangkut barangan kucing hingga ke pintu rumah anda.
Jenis Kenderaan

Antara kenderaan digunakan adalah Toyata Unser dan Nissan Navara. Masing-masing mempunyai peranan berbeza mengikut destinasi yang ditujui dan jumlah barangan yang perlu diangkut.

Waktu Beroperasi

Kami beroperasi daripada jam 9 pagi hingga 6 petang untuk hari biasa iaitu Isnin – Jumaat. Manakala, 9 pagi hingga 3 petang bagi hari Sabtu dan cuti umum. Pada hari ahad, kami tidak melakukan khidmat teksi kucing.

Berminat? Hubungi Kami!
Banner-Teksi-Kucing
Perlukan bantuan?

Anda boleh dapatkan info lanjut tentang khidmat teksi kucing ini sama ada menghubungi kami melalui WhatsApp atau E-mail. Kami akan menjawab sebarang persoalan atau tempahan anda secepat mungkin.

Maklumat anda tidak akan  dikongsi pada mana-mana pihak. *

Tolong isi ruang kosong disediakan supaya mudah untuk kami hubungi anda kemudian.

Makluman : anda dinasihatkan untuk lihat SPAM folder anda untuk terima e-mail daripada pihak kami.


Soalan Lazim

Anda boleh hubungi kami pada 0172179199 atau isi borang disediakan tentang tempahan anda ingin lakukan. Kami nasihatkan anda untuk hubungi kami sehari sebelum hari perjalanan.

Boleh, anda hanya perlu isi borang di atas dan kami akan hubungi anda segera sebaik sahaja e-mail telah diterima. Khidmat pelanggan kami adalah 24/7!

Anda boleh gunakan kemudahan ini untuk membawa kucing anda ke destinasi yang ditujui tanpa rasa segan-silu. Perjalanan anda akan dijamin selamat dan selesa.

Antara ciri-ciri kadar cas untuk khidmat teksi kucing ini adalah seperti berikut :-

  • Masa diperlukan
  • Jenis perjalanan (Sehala atau Ulang-alik)
  • Jarak destinasi anda tujui

Boleh, anda hanya perlu hubungi kami semula apabila anda ingin pulang ke destinasi asal. Pastikan anda nyatakan jenis khidmat teksi diinginkan iaitu perjalanan sehala atau ulang-alik. Cas dikenakan adalah berbeza.

Boleh, anda boleh ikut dan temani kucing anda ke destinasi ditujui.

Jika anda bertujuan menghantar kucing anda ke hotel kucing atau ke mana sahaja destinasi yang ditujui, pastikan penerima kucing anda tahu tentang kehadiran kami menjemput atau menghantar kucing anda. Urusan proses anda dan penerima kucing anda adalah luar bidang kuasa kami. 

Semua kucing dikehendaki disimpan ke dalam sangkar sementara kerana mereka mudah untuk melompat keluar daripada kereta. Walaupun ia ditemani dengan tuannya, kami masih menegaskan anda untuk menyimpan ia ke dalam sangkar.

Antara sebabnya adalah kucing yang tidak biasa dengan menaiki kenderaan akan berasa panik dan takut. Pastinya mengganggu suasana perjalanan ke destinasi yang ditujui. Walaupun ia biasa menaiki kenderaan anda, suasananya berbeza dengan kenderaan yang lain kerana masih asing dan baru padanya. Oleh itu, kami amat menegaskan hal ini tentang isu keselamatan kucing anda.

Sangkar sementara disediakan jika anda tidak mempunyai sebarang sangkar untuk kucing anda.

error: